Al Fatiha

AQ 1.0: MuqaddimahTafsir Ahkamul Quran-2

October 23, 2008 at 3:14 am | Posted in AL-QURAN  |  Leave a comment

Pra-syarat bagi yang ingin mengikuti kuliah Tafsir ahkam cyber ialah membaca kitab Syaikh Muhd bin Saleh bin Uthaimiin, terjemahan Jahabersa oleh ust Fadhlan Uthman, ditahqiq oleh Kapten UHF berjodol ” Pengenalan kepada ilmu asas dalam usyul Tafsir, cetakan pertama 2005. Harga RM 9.00 sahaja.

1. Nama surah: al-Fatihah

Surah ini mempunyai nama yang banyak. Imam al-Qurthubi menghitungnya 12 nama semuanya, manakala al-Alusi (w. 1270H) menghitung 22 nama. Keluar dari khilaf: kita cuma perlu tahu nama-nama yang masyhur sahaja, antaranya:

a. al-Fatihah (pembuka kata), kata ustaz sayyid Rashid Ridha (tafsir al-Fatihah/tafsir al-Manar), inilah namanya yang paling terkenal. Kata Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (tafsir Ibn Uthaimin/Juzz ‘Amma), dinamakan al-fatihah kerana al-Qur:an dibuka dengan surah ini. Ia juga mendahului al-Qur:an kerana ia adalah surah pertama yang diturunkan secara lengkap sekaligus (Tafsir uthaimin, KSA dan tafsir al-Manar dari kata2 Imam Muhammad Abduh)

b. Ummul Qur:an/Ummul Kitab (induk AQ). Tafsir syaikh Uthaimin, dinamakan ummul kitab kerana sesuatu yang dijadikan rujukan dinamakan ummu (induk), ia mengandungi makna global AQ: tauhid, ahkam, dosa-pahala dan jalan hidup manusia. Kata al-Hasan (Basri), sesiapa yang memahami tafsir surah ini telah memahami seluruh tafsir AQ (al-Baihaqi, syu’bu al-Iman (2/87, Dar alKutub al-Misriyah).

c. as-Sab’ul Matsaani (tujuh ayat yang dibaca berulang kali(dalam solat)

Dalil hadith:
وهي السبع المثاني والقرآن العظيم ، أم القرآن ، وهي فاتحة الكتاب
Dari Abu Hurayra ra,” sabda (saw)” dialah (al-Fatihah) tujuh yg berulang, Qur:an yang agung, ummul Qur:an dan Pembuka al-kitab. [sahih, al-Baihaqi, sunan alkubra, 2/45)
هي أم القرآن ، وهي فاتحة الكتاب ، وهي السبع المثاني
terjemah:”dialah ummul Qur:an, pembuka Kitab, dan Tujuh yang berulang”
Tafsir Tabari dari Abu Hurayrah ra.
{ الحمد لله رب العالمين } أم القرآن وأم الكتاب والسبع المثاني
terjemah, dari Abu hurayrah ra: (sabda saw) ” (al-Fatihah) dialah ummul Qur:an, ummul kitab dan tujuh yang berulang.” [HR Bukhari, Abu Daud, Termidzi, Ahmad, al-Albani, sahih Abu Daud, 1457)
Inilah antara nama surah ini yang paling masyhur dan memadai kita tahu.

bersambung..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s